Monday, March 31, 2008

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL

3.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif
3.1.1 Jean Piaget
3.1.2 Lawrence Kohlberg
3.2 Teori Pembelajaran Sosial
3.2.1 Albert Bandura
3.2.2 Emile Durkheim
3.3 Teori Pembelajaran Humanistik
3.3.1 Carl Rogers


3.1.1 Jean Piaget (1932, 1965)
Selain dari mengemukakan teori perkembangan kognitif, beliau juga banyak membuat kajian tentang etika dan moral .
Respon kanak-kanak terhadap masalah moral boleh dibahagikan kepada dua peringkat berdasarkan satu prinsip yang dinamakan ‘internalization’ yang bermaksud sumber kawalan yang mengawal pemikiran dan perlakuan kanak-kanak.

1.Moraliti Luaran :- kanak-kanak melihat peraturan sebagaisesuatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh pihak yang labih berkuasa. Berlanjutan sehingga umur mencapai 10 tahun. Beliau percaya bahawa ibubapa dan guru yangmenegaskan peraturan sebegini akan menyebabkan kanak-kanak lewat melangkaui peringkat ini.
2.Moraliti Autonomous :- kanak-kanak akan mereka idea-idea rasional tentang kesamaan dan melihat keadilan sebagai proses berbalik dalam kehidupan mereka. Mereka akan memperlakukan orang lain sebagaimana mereka mahu diperlakukan. Di peringkat ini mereka mula menitikberatkan diri sendiri daripada membenarkan orang lain menekankan peraturan moral tertentu.

No comments: