Monday, March 31, 2008

Pendekatan pendidikan moral




Pendekatan pengajaran pendidikan moral dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan proses perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu.
Melalui pendekatan ini kita dapat melihat cara pengunaan teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan moral dalam teknik p&p.
Dengan menguasai pendekatan ini, guru dapat memilih teknik-teknik p&p yang sesuai.
Semasa memilih sesuatu teknik, guru juga perlu mengambilkira tahap-tahap kematangan pemikiran moral pelajar, kesesuaian nilai, situasi dan isu moral yang hendak disampaikan dalam sesuatu pengajaran.

4.2 Analisis Pendekatan-Pendekatan Pendidikan Moral
Beberapa pendekatan pendidikan moral telah dikenalpasti untuk membantu guru dalam usaha melaksanakan proses pemupukan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
1.Pemupukan Nilai
Satu pendekatan yang bertujuan untuk menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri ahli masyarakatnya bagi menjalin kesinambungan budaya masyarakat tersebut.
Set nilai ini dianggap sebagai standard atau peraturan-peraturan tingkah laku moral yang dianggap mulia patut diamalkan atau kehidupan hariannya sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.
Dalam konteks pendidikan moral, pendekatan ini membolehkan pelajar dipupuk dengan nilai murni masyarakat Malaysia yang merupakan pola-pola perlakuan positif untuk amalan seseorang.
Ia membolehkan nilai murni dipupuk secara langsung dengan memberi justifikasi moral mengapa nilai murni tersebut patut dihayati dan diamalkan.

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI.

ii. Subjektivis (relativis) – menyatakan bahawa nilai-nilai moral adalah arbitrari dan tidak sempurna, dan menolak pandangan bahawa keputusan moral perlu berdasarkan kepada kod moral yang sempurna.
- Menerima nilai-nilai moral sebagai sesuatu yang sentiasa berubah dalam masyarakat yang berlainan dan mungkin juga berubah mengikut masa dalam masyarakat yang sama.
-Contoh:- kemajuan dalam bidang teknologitelah membawa perubahan sosial dan nilai, berbanding dengan latihan pembentukan watak dalam pendekatan tradisional, ciri utama pendekatan subjektivis ialah memberikan pemikiran terbuka.
-Setiap individu disarankan atau diminta supaya memberi perhatian kepada ciri-ciri situasi atau konteks yang berkaitan dan tidak terkongkong dengan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan moral yang asas dalam membuat keputusan moral mereka.
-Aspek ini tidak diterima oleh para rasionalis.


iii. Rasionalis – Tidak menolak sepenuhnya peraturan yang telah ditetapkan oleh tradisionalis dan sujektivis, tetapi mereka menitikberatkan penggunaan sebab-sebab yang munasabah dalam membuat keputusan dan tindakan moral dalam peraturan-peraturan tersebut.
• Seseorang boleh menolak atau menerima peraturan tertentu berdasarkan pada situasi tertentu atau merit.
• Pendekatan ini menyarankan pembentukan tabiat, khususnya dalam perkembangan aspek moral kanak-kanak yang memainkan peranan penting.
• Menerima kedudukan psikologi dan pedagogi bahawa kanak-kanak perlu dilatih dalam tingkah laku tertentu, di mana mereka akan menerima peraturan-peraturan sebagai satu tabiat rasional sehingga mereka berupaya untuk berfikir secara matang dan kritikal mengenai alternatif-alternatif rasional kepada peraturan-peraturan tersebut.

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL

3.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif
3.1.1 Jean Piaget
3.1.2 Lawrence Kohlberg
3.2 Teori Pembelajaran Sosial
3.2.1 Albert Bandura
3.2.2 Emile Durkheim
3.3 Teori Pembelajaran Humanistik
3.3.1 Carl Rogers


3.1.1 Jean Piaget (1932, 1965)
Selain dari mengemukakan teori perkembangan kognitif, beliau juga banyak membuat kajian tentang etika dan moral .
Respon kanak-kanak terhadap masalah moral boleh dibahagikan kepada dua peringkat berdasarkan satu prinsip yang dinamakan ‘internalization’ yang bermaksud sumber kawalan yang mengawal pemikiran dan perlakuan kanak-kanak.

1.Moraliti Luaran :- kanak-kanak melihat peraturan sebagaisesuatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh pihak yang labih berkuasa. Berlanjutan sehingga umur mencapai 10 tahun. Beliau percaya bahawa ibubapa dan guru yangmenegaskan peraturan sebegini akan menyebabkan kanak-kanak lewat melangkaui peringkat ini.
2.Moraliti Autonomous :- kanak-kanak akan mereka idea-idea rasional tentang kesamaan dan melihat keadilan sebagai proses berbalik dalam kehidupan mereka. Mereka akan memperlakukan orang lain sebagaimana mereka mahu diperlakukan. Di peringkat ini mereka mula menitikberatkan diri sendiri daripada membenarkan orang lain menekankan peraturan moral tertentu.

Pembelajaran Aktif

ACTIVE LEARNING
"… that students must do more than just listen: They must read, write, discuss, or be engage in such higher order thinking tasks as analysis, synthesis, and evaluation. Within this context, it is proposed that strategies promoting active learning be define as instructional activities involving students in doing thing and thinking about what they are doing"
- Bonwell C.C. & Eison J.A. (1991)


NOT ACTIVE LEARNING …
… THAT GOES FROM THE EAR TO THE WRITING HAND AND LEAVE THE MIND UNTOUCHED.


WHY ACTIVE LEARNING?
IF I HEAR … I WILL FORGET
IF I SEE … I WILL REMEMBER
IF I DO … I WILL UNDERSTAND
BUT IF I DISCOVER … I WILL USE


TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN AKTIF
SUMBANG SARAN
SIMULASI
PERMAINAN
MAIN PERANAN
PERBAHASAN
LAKONAN
BERCERITA


KEMAMPUAN MENERIMA MAKLUMAT
SYARAHAN … 5%
BACAAN … 10%
AUDIO VISUAL … 20%
TUNJUK CARA … 30%
PERBINCANGAN … 50%
PENGALAMAN DARI AKTI. … 75%
MENGAJAR ORANG LAIN … 90%


LEARNING IS FUN
BERMAIN
BERBINCANG
MENYANYI
MENEROKA DLL


CHALK AND TALK
" …NOTHING HAS CHANGED"


SIMULASI
Aktiviti simulasi melibatkan pelajar belajar dalam suasana sebenar. Maklumat dibekalkan supaya pelajar dapat belajar melalui penglibatan diri sebagai salah satu unsur dalam aktiviti.
Pelajar bukan main peranan (role-play).
Simulasi mirip kepada ‘job-centred’ manakala main peranan mirip kepada ‘person centerd’.
Pelajar berlagak seperti apa yang diberikan dalam tugasan tanpa menokok tambah sebarang maklumat.
Pelajar sebagai ahli kelas yang aktif dan bertanggungjawab atas tindakan /tugasa yang diberikan.


PERMAINAN
Sebelum memulakan sesuatu permainan perkara berikut perlu diambil kira :
Taklimat (Briefing).
Tindakan (Action).
Maklum balas dan tindakan susulan (debriefing and follow up).

FAEDAH MAIN PERANAN
Meneroka pelbagai pandangan.
Dapat membantu mengubah sikap.
Amat sesuai digunakan untuk isu-isu kontraversi.
Pelajar belajar mengawal perasaan dan emosi.
Pembelajaran menjadi lebih aktif dan interaktif.
Pembelajaran berkumpulan dan kerjasama.
Memfokus kepada masalah dan cara penyelesaian.

Saturday, March 15, 2008

Pensiangan Salinatan





Menyayangi Alam Sekitar
Sayang dan menghargai alam sekitar demi
mengekalkan keharmonian

Thursday, March 13, 2008

Etika dan Moral

ETIKA

  • Sains moral dan prinsip moral
  • Menetukan tindak tanduk seseorang baik/ buruk
  • Mematuhi nilai moral
  • Falsafah tingkah laku manusia lahiriah/batiniah
  • Ilmu memperkatakan kenapa kita mesti ikut arahan moral

MORAL

  • Ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan à lisan / bertulis = bagaimana manusia harus hidup dan bertindak sebagai manusia baik
  • Praktikal, tapi buka semua praktikal = moral
  • Bicara betul atau salah, apa yang perlu dibuat atau ditinggalkan kita untuk hidup
  • Bergantung suasana, keadaan di mana seseoarng itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dan agama dianuti

Agama dan Kepercayaan

Asal kata ‘Agama
Daripada bahasa Sansekerta (menunjuk sisetem kepercayaan dalam Hinduisme / Budhisme)
Agama à asal kata akar ‘gam’ yang mendapat awalan ‘a’ dan akhiran ‘a’
Gam bermaksud ‘ pergi’ à Bahasa Inggeris ‘ go’ & Bahasa Belanda ‘ga’ , ‘gaan’

Agama bermaksud => Jalan

Ada penyelidik yang mentafsir:
Agama => peraturan, tatacara, upacara hubungan manusia dengan raja
Igama => hubungan dengan dewa-dewa
Ugama => hubungannya dengan manusia

Pengertian ‘jalan’
Sebagai ciri-ciri hakiki dalam banyak agama Taoisme dan Syinto yang bermaksud jalan.
Budhisme menyebut undang-undang pokoknya jalan
Jesus menyuruh pengikutnya menurut jalannya
Syari’at tariqat dan sirah dalam ajaran Islam juga bermakna jalan

Kata-kata seperti dosa dan pahala, syurga dan neraka, sembahyang dan puasa diwarisi oleh umat Islam dari agama sebelum Islam

Sembahyang => menyembah Yang ( Yang @ Hiyang = dewa-dewa asli Nusantara)

Solat => menyembah Allah, hubungan rohaniah, berserah diri, memuaskan dahaga rohaniah, mengingat dan bermohon kepada-Nya

Pengertian Moral

“Moralis” (Latin) Tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau
peraturan masyarakat.
Ianya merangkumi nilai-nilai murni:
Baik hati, berdikari, berhemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental,
kejujuran, kerajinan, bekerjasama, kesyukuran, berfikiran secara
rasional dan memupul semangat bermasyarakat.

Anda boleh dapatkan nota berkenaan dengan Konsep Asas Moral di blog ini.