Monday, March 31, 2008

Pendekatan pendidikan moral




Pendekatan pengajaran pendidikan moral dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan proses perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu.
Melalui pendekatan ini kita dapat melihat cara pengunaan teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan moral dalam teknik p&p.
Dengan menguasai pendekatan ini, guru dapat memilih teknik-teknik p&p yang sesuai.
Semasa memilih sesuatu teknik, guru juga perlu mengambilkira tahap-tahap kematangan pemikiran moral pelajar, kesesuaian nilai, situasi dan isu moral yang hendak disampaikan dalam sesuatu pengajaran.

4.2 Analisis Pendekatan-Pendekatan Pendidikan Moral
Beberapa pendekatan pendidikan moral telah dikenalpasti untuk membantu guru dalam usaha melaksanakan proses pemupukan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
1.Pemupukan Nilai
Satu pendekatan yang bertujuan untuk menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri ahli masyarakatnya bagi menjalin kesinambungan budaya masyarakat tersebut.
Set nilai ini dianggap sebagai standard atau peraturan-peraturan tingkah laku moral yang dianggap mulia patut diamalkan atau kehidupan hariannya sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.
Dalam konteks pendidikan moral, pendekatan ini membolehkan pelajar dipupuk dengan nilai murni masyarakat Malaysia yang merupakan pola-pola perlakuan positif untuk amalan seseorang.
Ia membolehkan nilai murni dipupuk secara langsung dengan memberi justifikasi moral mengapa nilai murni tersebut patut dihayati dan diamalkan.

No comments: