Monday, March 31, 2008

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI.

ii. Subjektivis (relativis) – menyatakan bahawa nilai-nilai moral adalah arbitrari dan tidak sempurna, dan menolak pandangan bahawa keputusan moral perlu berdasarkan kepada kod moral yang sempurna.
- Menerima nilai-nilai moral sebagai sesuatu yang sentiasa berubah dalam masyarakat yang berlainan dan mungkin juga berubah mengikut masa dalam masyarakat yang sama.
-Contoh:- kemajuan dalam bidang teknologitelah membawa perubahan sosial dan nilai, berbanding dengan latihan pembentukan watak dalam pendekatan tradisional, ciri utama pendekatan subjektivis ialah memberikan pemikiran terbuka.
-Setiap individu disarankan atau diminta supaya memberi perhatian kepada ciri-ciri situasi atau konteks yang berkaitan dan tidak terkongkong dengan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan moral yang asas dalam membuat keputusan moral mereka.
-Aspek ini tidak diterima oleh para rasionalis.


iii. Rasionalis – Tidak menolak sepenuhnya peraturan yang telah ditetapkan oleh tradisionalis dan sujektivis, tetapi mereka menitikberatkan penggunaan sebab-sebab yang munasabah dalam membuat keputusan dan tindakan moral dalam peraturan-peraturan tersebut.
• Seseorang boleh menolak atau menerima peraturan tertentu berdasarkan pada situasi tertentu atau merit.
• Pendekatan ini menyarankan pembentukan tabiat, khususnya dalam perkembangan aspek moral kanak-kanak yang memainkan peranan penting.
• Menerima kedudukan psikologi dan pedagogi bahawa kanak-kanak perlu dilatih dalam tingkah laku tertentu, di mana mereka akan menerima peraturan-peraturan sebagai satu tabiat rasional sehingga mereka berupaya untuk berfikir secara matang dan kritikal mengenai alternatif-alternatif rasional kepada peraturan-peraturan tersebut.

1 comment:

shahida said...

Syabas, puan kerana sudah ada blogspot